Jenis-jenis Whipping Cream

Whipping Cream, Masih keliru dengan kedua cream ini??? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.


Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanannya. 

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 





Kandungan: Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur: Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan: Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan: Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran: Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya?: Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.


2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream




Kandungan: Pepejal susu
Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan: Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya?: Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature


credit to puterioven dan K1

Red Velvet Cake for Farah & Hanani Birthday

Rad Velvet Cake 8 inci untuk birthday Farah & Hanani


Kuih Melayu : Kuih Lompang



Kuih Lompang sedap :)


Red Velvet Cake for Family Day



Yummy!!


Select your date

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...